Thursday, March 3, 2011

IBADAH - Persoalan Mengenai Solat

Soalan:

1. Solat Jamak
Assalamualaikum Ustaz,
-Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan berkenaan Solat Jama. Seandainya kita merancang untuk kesesuatu distinasi melebihi 3 hari, adakah boleh kita melakukan sembahyang Jama' setibanya kita disana.
Terima kasih & Wassalam
Fatimah Haron -
Jawapan
KIta diberi peluang hanya 5 hari sahaja, satu hari perjalanan pergi, tiga hari ditempat tersebut dan satu hari perjalanan balik, lebih dari itu tidak boleh. Namun kita perlu melihat pemergian itu untuk apa, ibadah, ziarah keluarga, menuntut ilmu dsb. Kalau bermusafir tetapi khas hanya untuk menonton perlawanan bola sepak atau hal hal yang menyeronokan maka tidak harus dijamak akan sembahyang tersebut.
Wallahualam.

2. Solat Hajat
Assalammualaikum Ustaz,

-Bolehkah beri penerangan bagaimana untuk lakukan solat hajat yang sempurna?
-Apakah cara dan bacaan surah yg terbaik patut digunakan semasa solat hajat ?
Terima kasih di atas kerjasama ustaz.
Norismawati Mansor -
Ustaz,

-Kami Warga Telekom Malaysia,Kota Belud,Sabah, amat tertarik seranan tuan Ustaz untuk mengadakan Solat Hajat tersebut (Sembahyang Sunat Hajat Kesejahteraan Peperiksaan untuk anak-anak anggota TM),boleh tak, Tuan Ustaz berikan kami ayat ayat yang perlu dibaca ketika mengadakan solat hajat tersebut. Bantuan Ustaz amat diperlukan. 
Terima kasih.
Jamling Hj Ghani, Hj -
Jawapan
Walaikumusalam.

Sesungguhnya banyak cara atau kafiat bagaimana mengerjakan solat hajat. Yang masyur ialah mengerjakan sehingga 12 rakaat, dibuat sebaiknya pada 3/4 malam. Ayat pertama selepas fatihah dibacai Ayat Kursi 11 kali dan ayat pada rakaat kedua surah al-iklhas sebanyak 11 kali juga. Namun boleh dibuat juga hanya dengan 2 rakaat sahaja. Saya sertakan satu cara yang sangat mudah untuk di amalkan.

1. Dimulakan dengan niat : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat (imam/makmum/adaan) Kerana Allah Taala. (Tidak perlu membayangkan hajat apa yang dikehendaki)
2. Baca dirakaat pertama selepas Al-Fatihah : Surah Al-Kafirun (Bilangan yang ganjil 7,5, 3 atau sekali)
3. Baca dirakaat kedua selepas Al-Fatihah : Surah Al-ikhlas (Bilangan yang ganjil sama dengan jumlah pada rakaat pertama)
3. Sembahyang selesai selepas memberi salam.
4. Sujud sekali lagi selepas salam (Ini bukan didalam perbuatan sembahyang lagi) baca Istiqfar, Selawat atas nabi, Bertahmid (Subahanallah, Walhamdulillah, Wallailla haillallah, Wallahuakbar, dan Doa Allahummarobbana a tina fiddunia.....seterusnya. semuanya dibaca 3 kali..kemudia baru kita memohon hajat yang diminta, boleh dibacai dengan bahasa yang kita fahami, baik melayu, iban, melanau dsb. kerana Allah amat mengetahui. Sesudah selesai memohon hajat, bangun dari sujud. Maka selesailah sembahyang hajat dan doanya. Wallahualam.

Sekian selamat beramal.
Wallahualam.

3. Solat Tahajjud
Asslamualaikum,

-Ustaz, saya ingin bertanya tentang solat tahajudd. Apakah boleh dilakukan apabila kita bangun untuk solat subuh. contohnya
kalau kita bangun pada pukul 5.00 pagi dan waktu subuh masuk agak lewat. boleh tak kita buat solat tahajudd?
Wassalam
Sekian terima kasih
- Latifah Othman -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Ya dibolehkan untuk bersembahyang tahajud. Walaupun sebaik ibadah malam itu adalah pada tempoh 2/3 malam. Namun kerana waktu subuh terlalu jauh lagi maka elok dibuat sembanyang sunat-sunat yang lain termasuk tahajud.
Wallahualam.

4. Waktu Solat
Assalamualaikum wbt......

Sedikit pendapat dan pandangan daripada ustaz diperlukan.....

-Apa pendapat ustaz (dari perspektif Islam dan perspektif HR - Telekom) jika seseorang anggota muslim meninggalkan tugas untuk bersembahyang pada awal waktu di masjid berdekatan dan menghabiskan/menggunakan masa lebih kurang 15 ke 30 minit sedangkan itu merupakan masa bertugas dan bukan waktu rehat. Contohnya seperti di Labuan, waktu Zohor masuk lebih kurang jam 12.30 pm dan Asar lebih kurang jam 3.30 pm. Waktu bertugas kami sama seperti di Semenanjung iaitu 8.30 am hingga 5.30 pm (1.00 pm - 2.00 pm rehat) kecuali hari Jumaat.

Sekian.

T.Kasih
Wassalam
Ahmad Suhaimi Sulaiman -
Jawapan
Walaikumusalam.

1. Waktu sembahyang itu boleh dikerjakan didalam tiga peringkat, Awal waktu pertengahan waktu dan akhir waktu. Rasulullah SAW diriwayatkan pernah bersembahyang didalam ketiga-tiga waktu yang disebutkan tadi. Jika beliau ada kerja yang perlu diselesaikan maka beliau akan mengtaakhirkan sembahyang. Memang sebaik baik sembahyang ialah diawal waktu, tetapi jika kita diperlukan pada waktu tersebut, seperti yang saudara katakan tadi dimana waktu tersebut kita sedang bekerja maka afdhal dibuat pada pertengahan waktu yakni pada waktu rihat yang diberi. Kerana waktu kerja itu adalah amanah dan kerja itu adalah sebahagian dari ibadah. Sebenarnya pembahagian masa adalah atas kebijaksanaan kita sendiri. Oleh kerana kita kurang ilmu banyak perkara yang tidak betul kita buat.
Contoh : Jika seorang TM bekerja di kaunter pada jam 12.30 t/hari dan waktu itu pelanggan ramai dan memerlukan khidmatnya. sedangkan beliau meninggalkan tugas yang wajib atasnya kerana pergi bersembahyang di masjid. Maka perbuatan meninggalkan tempat kerja pada waktu tersebut adalah berdosa dan haram. Sifat ini bukan sifat orang yang soleh. Orang soleh bererti memberi kerjasama untuk kelesaan orang lain. Kerana Allah tidak dzalim pada hambanya, sedanngkan sembahyang tadi boleh dikerjakan pada waktu rehat nanti.
Wallahualam.

5. Solat Istikharah
Assalammualaikum Ustaz,
-Bagaimanakah cara yang sebenar/afdal untuk melakukan solat istikharah.
Zanisahanim Mohd Kamarudin -
Jawapan
Walaikumusalam.
-Solat Istikharah bermaksud solat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk/jalan/pilihan agar sesuatu yang akan dibuat itu hasil kemudiannya menjadi baik dan diberkati. Bermakna apa yang akan kita buat kita mengadu kepada Allah dahulu. Sembahyangnya 2 rakaat sahaja, boleh dibuat bila-bila masa, tetapi saeloknya pada waktu 3/4 malam. Surah apapun tak apa. Tertibnya rakaat pertama Qulya aiyuhal kafirun dan kedua surah alikhlas. dan mengakhirnya berdoa semua Allah memberikan petunjuk.
Wallahualam.

6. Solat Terawikh
Asalamualaikum wkbht

Ustaz,

-Adakah berdosa jika sesorang itu melakukan sembahyang terawih (jika lakukan secara sendirian) tidak selepas masuk waktu Isya' disebabkan perlu melakukan kerja lain dulu, selepas itu barulah mengerjakan solat itu. Dan adakah sangat dituntut oleh agama bagi seseorang muslimah pergi ke masjid/surau bagi mengerjakan solat terawih.

Wassalam.
Anisah Nafsiah Abdullah Hashim -
Jawapan
Waalaikumusalam.

Tidak berdosa melakukan selepas solat Isya' ataupun dibuat secara bersendirian. Solat tarawikh itu dituntut atau sunat dikerjakan secara berjemaah oleh orang lelaki. Manakala perempuan adalah dihukumkan harus sahaja.
Wallahualam.

Note:
* Setiap soalan akan dijawab oleh Panel Ustaz dari Unit Hal Ehwal Islam Shared Services Organization, Bahagian Sumber Manusia.
* Sila ajukan sebarang kemusykilan/soalan melalui email kepadapenerangan@bakit.com.my

No comments:

Post a Comment